Sunday, 4 November 2012

KESILAPAN TATABAHASA


Murid –murid kta sering membuat kesalahan ketika menggunakan Bahasa Malaysia semasa sesi pembelajaran di dalam kelas mahupun semasa berkomunikasi bersama rakan mahupun guru mereka. Sebagai guru, kita perlu peka dengan kesilapan-kesilapan yang berlaku supaya guru  dapat memperbetulkan kesalahan tersebut dengan penggunaan sistem bahasa yang betul.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang kesalahan-kesalahan yang biasanya dilakukan oleh murid-murid di sekolah dan cuba menerangkan penggunaan bahasa yang betul.

Saya akan memulakan dengan kesalahan dari segi Kata.
Kata Ganti Diri
Murid selalu salah ketika menggunakan panggilan kata diri. Contohnya;Kata beliau, dia, ia, kami, kita dan mereka.

1. Kata diri dia digunakan pada orang yang tidak sesuai. Contoh ayat: Itu cikgu Yew Wee Nee. Dia cikgu saya. Sepatutnya, Contoh ayat, Itu Cikgu Yew Wee Nee. Beliau cikgu saya.

Kata diri beliau digunakan untuk oleh yang dihormati seperti guru, doktor dsb. Manakala kata diri dia untuk rakan, orang biasa, orang yang bersalah dan yang tidak dikenali.

 2. Terdapat juga murid menggunakan kata ganti diri untuk binatang atau benda.
Contoh; Itu kambing Pak Ali. Dialah yang makan sayur-sayuran saya. Sepatutbyna; Itu kambing Pak Ali. Kambing itulah yang makan sayur-sayuran saya.
Contoh lain, Lembu-lembu itu di jalan raya. Mereka akan menganggu lalu lintas. Sepatutnya Lembu-lembu itu di jalan raya. Lembu-lembu itu akan menganggu lalu lintas.
Contoh lain; Beg tangan cikgu Liew cantik. Ia dibeli ketika melancong ke luar negeri. Sepatutnya, Beg dibeli…..

3. Selain itu, menggunakan kata diri ketika bercakap dengan orang yang dihormati. Contohnya, “Boleh aku pergi tandas cikgu. “. Sepatutnya;” Boleh saya pergi tandas cikgu.”

 4. Kadang-kadang juga berlaku ketika menggunakan kita atau kami. Kita merujuk “anda dengan saya” atau “ anda dengan kami” iaitu orang yang diajak bercap disertakan manakala kami bermaksud “ saya dengan dia” orang yang diajak bercakap tidak disertakan.
Contohnya; Kami mesti pergi ke Sunway Carnivall petang ini,” kata Ah Eng kepada Siti yang sepatutnya Kita mesti pergi ke Sunway Carnivall petang ini, “ kata Ah Eng kepada Siti.
atau “Kita akan ke rumah awak,” kata Abu dan Ali kepada Suria. Sepatutnya “Kami akan ke rumah awak,” kata Abu dan Ali kepada Suria.

5. Kadang-kadang terjadi juga murid akan mengulang kata ganti diri mereka. Contohnya, Mereka-mereka itu murid kelas saya. Sepatutnya yang betul adalah Mereka murid kelas saya.
Kata ganti diri mereka sudah menunjukkan bilangan banyak, oleh itu tidak boleh diulang.

6. Ada juga murid mengabungkan kata ganti diri ia dan nya nmenjadi ianya. Contohnya, Kucing itu mati kerana ianya mati dilanggar kereta. Sepatutnya kucing itu mati kerana dilanggar kereta.

 SEKIAN DULU.

14 comments: